Please sign my guestbook..
Family saya
Gambar2 comel saya..
Sunday, December 27, 2009
Sunday, December 20, 2009
Qaisara oo..Qaisara..
Skrg ni..ape yang mummy buat saya nak buat..mummy tgh solat, saya ambil tudung saya nak solat juga..tp kejap je, sebab saya da nak mula kacau mummy..
Daddy angkat naik atas katil..bukak kan saya selawat shifa'..Pastu, saya wat ragam..
macam2 ragam saya..sabar ye mummy ngan daddy..orang cakap..umur macam saya ni, memamg mcm ni la..semua saya yang betul..he..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 9:42 PM 0 comments
Labels: Qaisara Bertudung..
Saturday, December 12, 2009
Monday, December 7, 2009
Tips untuk Ibu2 yang mempunyai baby mcm saya..
KEBAIKAN SUSU IBU
Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
“Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan,” katanya kepada Bernama.
Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.
Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.
“Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan,” katanya.
Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.
Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
FAEDAH TERSEMBUNYI
Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.
“Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.
“Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti,” kata Siti Mariam.
Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.
Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
“Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.
“Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun?” katanya.
Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.
Sumber: BERNAMA
Posted by Qisah Qaisara 08 at 9:06 PM 0 comments
Labels: Kebaikan Susu mummy..
Sunday, November 29, 2009
keletah saya..
Skrg ni mcm2 keletah saya buat..
saya da pandai ckp tau..pandai sebut fish, air, kakak,ma...pa..duck...he..banyak lg..tp mummy x paham..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 11:49 AM 0 comments
Labels: kerenah saya..
Tuesday, November 10, 2009
Salam..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 10:01 AM 0 comments
Labels: mandi-manda
Tuesday, October 20, 2009
Jln2 KL..


emm.. suka sgt, bila da masuk 2 tahun..baru 2 tahun rupa2nye..tp saya tengok mummy ngan daddy mcm da lama..he.. yelah, saya pun baru masuk 1 tahun 2 bulan..
daddy wat kejutan kat mummy..tiba2 ckp nak g KL esok..mummy terkejut juga..tp suka..dapat window shopping sambil cuci2 mata..lagipun dari rumah mak Tok kat Melaka ni x jauh.dlm 2 jam da sampai...banyak tmpt gak pegi..penat juga..tido kat KL, pagi2 da bertolak balik Melaka, sebab mlm ni da kena balik JB..Esok Sekolah...
daddy memang sporting...td mummy pesan kat saya suruh ckp i luv u kat daddy..he...
Posted by Qisah Qaisara 08 at 2:11 AM 0 comments
Monday, October 12, 2009
Kucing oo kucing..
Video ni, khas wat mereka yg suka pd kucing..
saya mula2 memang panggil2 kucing, suka sgt bila dapat pegang..tp klu da pegang habis semua bulu kucing tu tertanggal..tu la sebab mummy x bagi pegang...klu dapat ekor lagi la..saya akan tarik..he..
Mama Jojo, kat Kg Qaisara lg banyak kucing tau..ada la dlm 1o ekor..mesti mama Jojo ngan auntie Sha geram punye..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 10:06 AM 0 comments
Labels: comel si kucing..
Wednesday, September 30, 2009
Saturday, September 26, 2009
Jln2 di Melaka..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 11:50 PM 0 comments
Labels: last day di Melaka
Wednesday, September 23, 2009
Bestnye Beraye..
BJU PUTIH..DADDY SAYE LA..
GAMBAR KAT MELAKA..PAGI RAYE
NAK BLK KG..
NI DA KAT KG..PTG..NAK G UMAH WAN..
NI KAT MELAKA..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 11:14 PM 0 comments
Labels: Slmat Hari Raye..
Thursday, September 17, 2009
Demam lagi..

Posted by Qisah Qaisara 08 at 11:52 AM 0 comments
Labels: Luv U..
Sunday, September 13, 2009
Gambar raya saya tahun lepas..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 11:25 AM 0 comments
Labels: Raye pertama
Persiapan Hari Raye..
Alhamdulillah..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 11:09 AM 0 comments
Labels: TQ daddy..
Friday, September 11, 2009
Anak Daddy ke Mummy ni..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 6:26 PM 0 comments
Labels: gaye manje ngan daddy
Wednesday, September 9, 2009
Dah semakin berani..
Kelmarin saya pegi klinik untuk diinject..maknanya ni injection yang kali ke 4 kali..tp kali ni saya semakin berani..he..
Klu dulu, blum lagi dicucuk saya nak menangis..
tp, mummy ngan Daddy x sangka kali ni saya macam xde ape2 je.. Saya dengar, nurse ckp pd mummy, injection ni untuk elakkan penyakit, campak, rubella ngan cacar..ubat ni masuk x rase sakit mcm selalu..
tu la saya x nangis.
Bila tengok video2 inject yg lain, saya memang x sama mcm ni..kali ini saya lebih cool..
klu x pecaya tgkla video saya mase umur 6 bulan.. Maybe mase 2 saya masih x mengenali erti kesakitan lagi...
Posted by Qisah Qaisara 08 at 2:47 PM 0 comments
Labels: dulu lain, sekarang lain
Tuesday, September 8, 2009
muka selamba je....
yahooooo...mummy & daddy nak bwk baby pi shopping...x sabar nya nak beli kasut...baju2 sume dah beli...x lupe juge nak beli gelang satu...lipstick cam mummy....baby pun terus jerit...angsana tunggu !!!!!! hehehehe
tetibe baby tgk daddy ikut jalan lain laa plak...ish2 suspen je daddy kite nie...
mak aiii!!! rupenye baby dah kene klentong...baby lupe....ari nie kene pi klinik amik injection..APE???? INJECTION???!!!! tidakkkkkkk!!!!!!
tgk laa peristiwa semalam....awak sume tau x...daddy kite kan...die kan...takut jarum tau...hehehe....ape laa daddy nie...
Posted by Qisah Qaisara 08 at 2:48 PM 0 comments
Saturday, September 5, 2009
Thursday, September 3, 2009
Wednesday, September 2, 2009
Ingatan Untuk Mummy..(Pemakanan Bayi)-di usia 1 tahun






Di usia ini pula bayi dapat memakan daging namun harus memastikan bahawa daging tersebut harus benar-benar lunak. Memperbanyak variasi makanan berarti memperbanyak asupan gizi yang sangat bagus untuk pertumbuhan bayi. Cuba juga untuk banyak memberikan makanan laut untuk pertumbuhan tulang-tulang bayi.
Usia 1 tahun hingga bayi berumur 2 tahun, bayi boleh makan nasi padat dan berbagai makanan orang dewasa. Di usia ini pula anda dapat dengan leluasa memperkenalkan aneka makanan lazat kepada si buah hati.
Namun tetaplah memberikan makanan yang sihat dan bergizi, dan jangan memperbanyak junk food atau jajan, kerana selain tidak sihat, makanan-makanan tersebut juga dapat menyebabkan kegemukan, karang gigi, dan menyebabkan anak anda tidak lagi mahu menyantap makanan sihat.
Jangan lupakan pula pemberian vitamin dan zat-zat yang berguna lainnya untuk pertumbuhan anak yang sempurna. Pemberian zat penambah nafsu makan juga dianjurkan namun berikan jika anak anda benar-benar tidak mahu makan. Pemberian makanan juga dapat diimbangi dengan susu dan pastikan bahawa antara makanan dan susu yang dikonsumsi anak anda seimbang.
Posted by Qisah Qaisara 08 at 10:19 PM 0 comments
Sunday, August 30, 2009
Hari terakhir di Melaka..
Sedihnye..
Ari ni da nak blk JB.Esok da naik skolah..so kenala saya balik ke JB.. rase x puas lg nak manja2 ngan mak tok,atok, Paksu ngan Pakngah. Nak wat macamanakan..
Mak Tok & atok terima kasih kerana melayan kerenah saya..
Paksu, x dpt lg nak main2 ngan naik atas motor lagi..
Pak Ngah, x leh saya nak main cak2..
Takpe, lg 3 minggu Qaisara akan balik Melaka lg.. Maklumlah raya taun ni kat Melaka..
Gembiranya..
Ari ni nak blk JB. Dapat jumpa nenek, atok, ibu, ayah, kak Miza ngan sumea cousin tersayang..
Tunggu..
taula ape saya nak wat nanti.. skrgni saya da banyak ragam tau...
Posted by Qisah Qaisara 08 at 2:56 PM 0 comments
Hari ni..saya asyik bermain..x larat mummy nak layan..jadik mak tok ngan Tok Nyang la yang asyik melayan saya..
Td bwk Tok Yang g Bahau.. Mummy first time pegi.samala mcm saya.. kat Bahau ni mcm pekan kecil jek. tp meriah gak la..walaupun x mcm shopping kat JB ngan Melaka tp best gak.tgk tempat orang..
Pg sini semata2 nak belikan Capal untuk Tong nyang Lelaki.. Daddy blanje..
Mummy x ketinggalan.Nak tau mummy beli ape,mummy beli 2 kuali, sudip, senduk.. Daddy kata kat sini murah jadik mummy beli la..bukan ape, mummy semangat nak masak untuk berbuke posa..maklumlah taun lepas dlm pantang..nenek yang masak. Taun ni mummy ambil turn..he..
Pas jln2 kat pekan Bahau, singgah bazar kat Batu kerikir..meriah.. saya tgu kat tepi jln ngan mummy..ramai sgt orang..
Samapi umah Tok Nyang kat Johol kul 7.10. da nak berbuka..nyum2..sedapnya..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 11:53 AM 0 comments